Tuesday 31 May 2011

Exam Jabatan!!

ALHAMDULILLAH.. Akhirnya aku selesai menduduki "Exam Jabatan" yang diadakan pada  26-28/5/2011... Lega rasanya bila dah habis exam!! Tapi dalam hati ni berdebar-debar + takut sangat... Takut kenapa?? Takut menghitung hari menunggu result exam keluar!! Agaknya macam  mana lah result exam aku nanti ek?? "SUCCESS OR FAIL"???? Hopefully success la kan.. AMIN!!

Kalau korang nak tau, sebulan sebelum exam lagi aku dah prepare and study.. Tapi biasalah aku ni bukanlah dari golongan orang-orang yang "Genius" so susah sikit lah nak lekat dalam kepala otak ni!! Lagipun bukan main banyak lagi benda nak kena study!! Antara ialah benda-benda dalam picture kat bawah ni!!








Sampai naik juling tau mata aku study semua benda ni!! Tapi "Hampeh" satu apa pun tak nak lekat dalam kepala otak aku!! Maklumlah ayat-ayat dalam buku ni semuanya guna ayat "Mahkamah".. Macam mana lah nak faham.. Konon nya semangat sangat nak study tapi bila dah buka buku tu tau-tau jelah kan ape yang jadi!! 

Inilah yang sering terjadi bila buku dibuka...


Betul lah orang cakap "Buku Ubat Tido Yang Paling Mujarab"... Kalau tak percaya cuba korang try!! Asal buka buku je mata comform akan jadi kuyu and start bagi isyarat nak tido... Siapa yang ada penyakit susah nak tido malam tu boleh la try pakai "Teknik Membaca" ni!! Tapi kalau teknik ni tak menjadi jangan cari aku orait guys..

Well berbalik semula pada story "Exam Jabatan" tadi, bagi penjawat awam mungkin tau lah kot apa motif "Exam Jabatan" ni diadakan!! Tapi bagi yang tak tau tu biar aku yang  tak berapa nak tau ni story... Acctually tujuan "Exam Jabatan" ni diadakan adalah untuk membolehkan seseorang penjawat awam yang belum disahkan ke dalam perkhidmatan disahkan  jawatan mereka ke dalam perkhidmatan and "Exam Jabatan" ni juga bertujuan untuk kenaikan Pangkat.. Masa yang diberi untuk seseorang penjawat awam lulus dalam "Exam Jabatan" ni  ialah 3 tahun!! Dengar macam lama je kan?? Tapi sebenarnya tak lama pun sebab "Exam Jabatan" ni hanya boleh diambil sekali dalam masa setahun!! Maknanya seseorang penjawat awam tu hanya ada 3 kali je peluang untuk menduduki "Exam Jabatan" ni... 
Kalau dalam masa 3 tahun yang diberi tu penjawat awam tak lulus-lulus lagi "Exam Jabatan" macam mane pulak kan?? Boleh mintak tempoh pelanjutan tapi prosedurnya leceh la sikit... Aku pun tak tau macam mana prosedurnya, maklumlah baru je kerja 5 bulan... so banyak lagi lah benda yang nak kena belajar!! And kalau dalam tempoh pelanjutan yang diberi kan tu pun seseorang penjawat awam tak juga lulus lagi apa akan jadi?? Nak tau ker?? Gaji akan ditahan, tindakan tatatertib akan diambil dan kemungkinan akan dibuang kerja.. Takutkan??  Itu lah sedikit sebanyak yang aku tau mengenai "Exam Jabatan"...

So hopefully aku lulus lah kan "Exam Jabatan" yang dah pun aku ambil minggu lepas... Guys tolong doakan kejayaan aku k.. Thanks to all...

Wednesday 25 May 2011

"MisLegored"

Mesti korang tertanya-tanyakan macam manalah agaknya rupa "MisLegored" yang sering aku sebutkan dalam kebanyakan entry-entry aku?? 
Ha sekarang ni aku nak tunjukkan "MisLegored" aku!!
Merupakan teman terbaik aku yang setia menemani tak kira kemana sahaja destinasi yang ingin ku tuju..
"MisLegored" hasil dari gaji pertama aku bekerja di UiTM.. Baru je 5 bulan aku ambil "MisLegored" ni menjadi pendamping dan peneman aku tak kira dalam apa jua keaadaan.. Tapi walaupun baru 5 bulan dah macam-macam benda yang aku lalui dengan "MisLegored" ni... 
Thanks "MisLegored" coz U always been there for me!! 

Ini ialah "MisLegored" teman terbaikku sepanjang hayat...



P/s : Kantoi sebab "P" tak habiz tempoh lagi!! Huhu...

Tuesday 24 May 2011

Totally Change!!!

Seperti kebiasaannya, dan sudah menjadi rutin mingguan ku setiap kali tibanya hari Jumaat aku dan "MisLegored" akan pulang ke "Kuantan" untuk menemui "Ibunda dan Ayahanda" tercinta!! Perjalanan dari "Jengka ke Kuantan" memakan masa selama 1 jam 45 minit.. Itu pun kalau "MisLegored" lari laju.. kalau perlahan memang makan masa agak lama lah untuk sampai ke "Kuantan".. Dan sudah menjadi kebiasaannya setiap kali aku balik ke "Kuantan" aku akan menginap di rumah family "Mr F...." sebelum pulang ke rumah "Ibunda dan Ayahanda" tercinta di "Indera Mahkota"!! Sesampai nya aku di rumah family "Mr.F...." sekitar jam 6.45 petang, aku seperti kebiasaanya akan masuk ke rumah dan  meletakkan bagasi ku di dalam bilik "Mr.F....."!! Sesudah itu aku selalunya akan meminta izin dari mak untuk keluar ke "Bandar Kuantan" bagi mengambil Mr.F... yang kini tinggal menumpang di "Bilik Rakannya" yang tidak diketahui nama dan jantinanya!!


Friday 20 May 2011

Kenapa Masih Tak Nak Mengaku??

http://Life as amieyrarazia.bolgspot.com

Aku tak faham betul dengan perangai Mr.F...ni?? Kenapa susah sangat dia nak mengaku?? If dia dah buat salah mengaku je lah kesalahan yang dia dah buat tu!! Aku takkan marahnya.. Ni tak dah lah dia tak nak mengaku, pastu siap boleh cakap lagi ada orang cuba nak "FITNAH" dia!! Tak kan lah ada orang yang nak "FITNAH" dia pulak kalau bukti yang aku dapat tu memang sah-sah tentang dia dengan "GIRL" tu.. Bukti tu pun aku yang dapat sendiri setelah berminggu-minggu aku sibuk "dok" menyiasat kes ni.. Bukannya aku dapat dari mulut orang lain!! Paling aku xberkenan perangai dia yang asyik nak menafikan kesalahan diri dia tu membuatkan aku jadi "HOT + BENGANG" giler dengan dia!! Kalau ikut kan hati, aku ni bukannya nak menuduh sangat dia ada girl lain tapi aku ada bukti what?? And bukti-bukti yang aku dapat tu adalah hasil dari penyiasatan aku dan separuh darinya aku dapat dari sumber-sumber yang memang 100% betul dan boleh dipercayai!!

Hampir "DUA MINGGU" aku ni bagai orang gila dan jadi tak tentu arah mengumpul "BUKTI" untuk tujuan penyiasatan kes "PENIPUAN & KECURANGAN" si Mr.F... ni!! Aku "dok" ulang-alik dari "KUANTAN" ke "JENGKA" dengan ditemani teman terbaik ku "MiszLegored" semata-mata untuk siasat kes ni coz tak nak buat tuduhan yang "mempig buta" terhadap dia!! Tapi apa yang buat aku terkilan sangat sekarang ni ialah, sebaik saja aku dah dapat bukti and memang sah bukti tu betul dia masih lagi nak menafikan apa yang dah dia lakukan belakang aku!! And yang paling best dia boleh pulak tuduh aku ni sengaja nak mencari kesalahan dia sebab aku ni ada "JANTAN" lain!! If aku ni ada jantan lain kenapa aku mesti menyusahkan diri nak mencari bukti?? Lebih baik aku tinggal dia macam tu je and pergi dekat jantan lain yang dia maksudkan tu!! Apa yang menjadi persoalannya sekarang ni ialah, aku still tak boleh nak faham kenapa dia masih tak nak mengaku kesalahan yang dah dia buat??

Ni adalah antara "BUKTI-BUKTI" penyiasatan aku !!!

1) SMS MR.F...WITH ONE OF HIS OFFICEMATE YANG MENGAKU ADA SCANDAL WITH HIM!!

GIRL A : Marah dekat A lagi ker??
MR.F... : Tak marah pun..
GIRL A : Yelah.. Sekurang-kurangnya tegurlah.. Ni tak pun.. Lau setakat tegur tu tak kan ada orang perasan yang kita ni "COUPLE"!!
MR.F... : Sorry tak tegur nanti diorang tau kita "COUPLE" tak pasal-pasal kena mengadap bos!! Tak ingat ker polisi company??
GIRL A : Yelah tapi tak salahkan lau bertegur sapa?? Mr.F.... kita ni betul-betul "COUPLE" ker??
MR.F....: Ye kita "COUPLE"!!

2) MMS MR.F...WITH SECOND OFFICEMATE YANG ADA SCANDAL WITH HIM!!!

a) FIRST MMS!!

Picture ni merupakan picture "Mr.F... SECOND SCANDAL"!!
 This girl merupakan girl yang sama aku pernah nampak "BONCENG" motor dengan Mr.F.... hari tu!! Girl ni satu office and satu department dengan Mr.F.... Dah ramai sangat saksi dekat office Mr.F..... ni nampak yang diorang ni selalu sangat keluar bersama-sama!! Antara saksi yang sering nampak diorang ni keluar bersama-sama adalah "BOS" Mr.F...sendiri... Picture ni tak berapa clear coz aku dah pun edit untuk mengelakkan dari girl ni dapat malu yang teramat sangat..

Bersama-sama dengan mms ada disertakan note untuk Mr.F...!!
NOTE :- U CAKAP NAK TEMAN I  "TIDO" JOM..
Menurut dari ape yang Mr.F.... cakap diorang ni hanyan kawan je tak lebih daripada tu..And this girl ni hantar mms dengan niat hanya untuk "BERGURAU" je!! Biasalah kawan-kawan nak bergurau.. Kawan apa yang "BERGURAU" sampai ajak "TIDO"?? Ingat apa?? Nak jadi "PEREMPUAN MURAHAN" ker ajak kawan "JANTAN" teman "TIDO"?? Pelik betul aku dengan perangai girl ni!! Sanggup ker nak "BERGURAU" sampai nak jatuhkan "MARUAH" diri sendiri??


b) SECOND MMS!!

Picture ni merupakan tangan girl dalam picture di atas... Aku tak berapa nak faham apa motif sebenar "SI GIRL" ni hantar mms picture tangan dia beserta dengan note untuk Mr.F...!!

Ini adalah "NOTE" yang di 'attach' kan berserta dengan picture disebelah :- TENGOK LAWA TAK JARI I NI MENGEMBANG!! Entah apa entah agaknya motif dia?? Macam ni punya mms pun still dianggap mms dari kawan yang nak "BERGURAU" ker?? 



c) THIRD MMS!! 













Ni lagi satu mms yang dihantar oleh "GIRL" yang sama.. 
Picture lengan dia yang penuh dengan "KURAP" kot?? Coz aku pun tak berapa sure apa kat lengan dia tu?? 

Mula-mula hantar mms muka sendiri ajak Mr.F... teman tido, lepas tu hantar mms tangan yang tengah mengembang untuk Mr.F.... ,tak cukup dengan mms tangan hantar pulak mms lengan yang penuh kurap dekat Mr.F... Lepas ni entah mms picture apa lagi agaknya yang "SI GIRL" ni akan hantar untuk Mr.F??
Tapi kalau di fikirkan semula, mana ada kawan-kawan yang nak bergurau sanggup hantar mms yang mengarut especially yang ajak teman "TIDO" tu macam yang this "GIRL" ni hantar untuk Mr.F...!! Memang "TAK" lah kan lau dah sampai tahap macam tu!!!


Sebenarnya banyak lagi bukti-bukti lain yang aku dapat masa sibuk "dok" buat penyiasatan hari tu.. Tapi rasanya cukuplah kalau aku just bagi tau bukti yang ni je dulu... Dah ada buki macam ni pun still kira aku ni memang sengaja ke nak tuduh Mr.F... tu ada "SCANDAL" dengan perempuan lain ke?? Dah sah-sah bukti yang aku dapat tu memang betul... Bukannya aku sengaja nak mereka-reka bukti and cerita!!

Wednesday 18 May 2011

Private Number!!

http://Life as amiyrarazia.blogspot.com

Semalam ade lah sorang hamba ALLAH ni mungkin dah xde kerja agaknya, boleh pulak main misscall2 dekat phone aku!! Yang menjadi persoalannya sekarang ni entah dari mana entah dia dapat no.phone aku?? Aku pun "heran" memikirkannye!! Belum puas hati lagi agaknya miscall phone aku dari "Maghrib" sampai lah ke "Subuh", boleh pulak hamba ALLAH tu hantar mesej untuk maki-maki aku.. Agaknye apalah yang aku dah buat kat hamba ALLAH tu sampai dia hantar mesej maki-maki aku?? 

Macam ni lah rupanya mesej yang dihantar oleh hamba ALLAh tu untuk memaki aku :-

"WEI BETINA KO NI MEMANG TAK BOLEH TENGOK ORANG SENANG SIKIT EK?? NAPE KO MESTI NAK KACAU AKU DENGAN MR.F....?? SEDAR LA DIRI KO TU SIKIT!! TAK PADAN DENGAN SAKIT!! TAK PADAN DENGAN SAKIT TAPI ADA HATI NAK KACAU HUBUNGAN AKU DENGAN MR.F...!! DAH TAU KO TU ADA PENYAKIT TAK PAYAHLA SIBUK2 NAK MENGGEDIK DENGAN MR.F...!! KO TAU TAK, KO TU TUNGGU MASA NAK MATI JE MASIH ADA HATI NAK MENGGATAL... TAK TAU MALU EK?? TAK PAYAH SIBUK2 NAK MENGGATAL DENGAN BF AKU KO PERGI BUAT AMAL IBADATKAN  BAGUS!! KO KAN SAKIT TUNGGU MASA NAK MAMPOS JE... SATU LAGI KO INGAT MR.F.... TU SAYANG KO KER BETINA?? DIA COUPLE DENGAN KO SEBAB KESIAN AND DIA NAK DUIT KO JELAH !! BETINA BODOH....

Apalah agaknya ek salah aku dekat hamba ALLAh tu kan?? Kenal pun tidak tetiba je hamba ALLAH tu nak sound-sound aku macam tu.. Apa kes?? Jangan-jangan hamba ALLAh yang sound aku tu perempuan yang ada scandal dengan Mr.F... kot?? If betul lah hamba ALLAH tu perempuan yang ada scandal dengan Mr.F... pehal nak sound aku, sekarang ni siapa yang rampas siapa?? PLEASE LA GURL KAU TU KOT YANG JADI PERAMPAS, PEHAL NAK SOUND-SOUND AKU PULAK?? KALAU KAU NAK SANGAT MR.F...TU AMBIK LAH INGAT AKU "HERAN"??

Yang paling aku rasa macam tak boleh "Blah" and yang membuatkan aku rasa macam this girl tersangat-sangat lah "Idiot" sebab "PRIVATE NUMBER"!! Korang mesti "heran" apa kena mengena "PRIVATE NUMBER" dengan entry aku ni kan?? Actually hamba ALLAh tu dah miscall phone aku pakai "PRIVATE NUMBER".. Agaknya credit phone dia dah abiz kot sebab asyik kena telan dengan aku punye "VOICE MAIL" boleh pula dia mintak aku call dia semula!! Tak ke "Idiot" namanya tu?? Dah nama pun "PRIVATE NUMBER" memang sah-sah la tak boleh nak call semula... Entah apa-apa entah!! Ada juga ek manusia sengal macam ni!!

P/s :- Entry ni dari blog lama aku http://life as amieyrarazia.blogspot.com..tapi aku dah edit sikit bahasa aku!!
semua pasal xboleh nak sign in blog lama lah ni..tu pasal aku buat blog yang baru!!
Ha satu lagi Mr.F... dalam story kat atas tu "Bukan Nama Sebenar"!!

Thursday 12 May 2011

Masih Dalam Siasatan!!

http://Life As Amieyrarazia.blogspot.com

Sekarang ni aku masih lagi sedang menjalankan siasatan berkenaan dengan kes "KECURANGAN DAN PEMBOHONGAN" si dia!! Baru-baru ni aku ada dapat information dari one of my best friends, yang mana kawan aku tu ada ternampak si dia naik moto dengan perempuan.. Macam biasalah aku tak percaya sehingga lah satu hari tu aku sendiri ternampak si dia "MEMBONCENG" perempuan yang pernah diperkatakan oleh best friends aku tu.. Time tu xpayah nak cakap la memang hancur gila hati aku bila tengok orang kesayangan naik moto dengan perempuan lain!! So aku decide untuk follow dia dari belakang dengan menggunakan teman terbaik aku yang diberi nama "MissLegored".. Thanks to "MissLegored" coz lau xde dia sampai bila-bila pun aku xdapat nak kemana-mana..

Berbalik pada cerita "Follow memollow" tu tadi si dia langsung tak perasan yang aku ni dok follow dia dari belakang!! Mungkin tengah syok sangat kot kena "BONCENG" perempuan tu sampai aku pun dia dah tak perasan.. Naik berbulu biji mata aku ni nengok perempuan tu!! Bukan main gatal lagi.. Tergedik sana tergedik sini macam orang tak pernah naik moto!! Aku sendiri pun tak sanggup nak uat macam tu...

Sampai hati dia buat aku macam ni.. Setelah 4 tahun lebih kitorang bersama!! Aku tak marah kalau dia nak berkawan dengan perempuan lain and aku tak akan  marah kalau dia nak keluar dengan perempuan lain tapi "TOLONG JANGAN TIPU AKU"!! If dia cakap jujur aku tak kan marah.. Ni tak dah la menipu aku, lepas tu aku bagi dia masa untuk explain apa yang jadi dekat aku tapi "HAMPEH" langsung tak ada.. Bila aku tanya dia boleh pulak tak mengaku yang dia "BONCENG" perempuan tu!! Kat situ je dah boleh nampak "PEMBOHONGAN" dia... Tak pe kau  teruskanlah dengan "PEMBOHONGAN" kau tu.. Aku nak tengok sejauh mana tahap permainan kau!! Once siasatan aku dah complete nanti, time tu barulah kau akan sedar dan  tahu "Langit tu tinggi ke rendah".. Ingat ni "Sekali aku dah benci selama-lamanya aku akan benci"!!