Thursday 12 May 2011

Story About Me And Him!!

http:// Life As Amieyrarazia.blogspot.com

Agak lama jugak aku tak post something dekat blog ni..
Sekarang ni life aku agak hectic and im kinda busy with my work..
tapi sekarang ni aku bukan nak story pasal hal kerja.. Aku nak story dengan korang pasal "Kisah Aku Dan Si Dia"...

Aku ada someone yang special sangat dalam life aku...
Kami dah berkawan and bercinta selama 4 tahun lebih.. Boleh dikatakan agak lama jugak lah tu!! Dia memang bukan "First Lurve" aku.. Tapi entah kenapa aku sayang sangat dekat si dia ni... Coz bagi aku si dia ni terlalu istimewa..

Perkenalan kami bermula secara tak sengaja.. 
Di awal perkenalan aku tersangat-sangat bencikan si dia coz cara dia tengok aku macam dia tak puas hati and time tu cara pembawakan diri dia tu seolah-olah dia adalah seorang lelaki yang "BUDGET BEST + PERASAN HENSEM"!! Setelah dua tiga kali berselisih  akhirnya "Box karaoke" atau nama saintifik nyer "Karaoke Jamban"
menjadi saksi permulaan segala-galanya!!

Aku tak tau macam mana aku boleh tersenyum tatkala aku terdengar si dia mendendangkan lagu dari Kumpulan AXL'S ( Andai Dapat Ku Undur Masa) maybe time tu aku sedang teringatkan kenangan-kenangan sewaktu bersama-sama dengan "ARWAH" First Lurve aku agaknya!! Apa lagi setelah aku tersenyum secara tak sengaja mengenangkan lagu yang sedang didendangkan oleh si dia, si dia dengan "Gentleman And Selambanya" masuk ke box aku untuk memperkenalkan dirinya..
Mulai dari saat itu bermula perkenalan aku dengan si dia!!

Sepanjang tempoh perkenalan kami bermacam-macam perkara dah pun kitorang tempuhi dengan sabar.. Family dia pun dah terlebih sayang dan suka kan aku excpesially "ABAH"dia !! Begitu juga keadaannya dengan aku.. Aku dah anggap family dia tu macam family aku sendiri !! Kalau nak di ceritakan tentang"Kisah Aku Dan Si Dia" memang takkan habiz coz hubungan kitorg selalu diuji dengan pelbagai masalah.. Tapi kami tetap bertahan!!

Sekarang keadaannya dh tak macam dulu.. Semenjak dia bertukar ke tempat kerja yang baru dan semenjak dia mengenali seseorang yang baru di tempat kerja barunya itu, perangai dia totally berubah.. Even aku sendiri pun terkejut sangat dengan perubahan diri dan sikap dia yang terlampau drastik tu!! Bak kata pepatah melayu lama "Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupa-rupanya hujan Ditengah Hari"!! Begitulah diibaratkan perhubungan aku dengan si dia buat masa sekarang ni...
Mana perginya semua janji-janji yang pernah dia ungkapkan satu ketika dahulu?? MANA?? Mustahil dia dah lupakan semua tu.. MUSTAHIL!!  

No comments:

Post a Comment