Tuesday 24 May 2011

Totally Change!!!

Seperti kebiasaannya, dan sudah menjadi rutin mingguan ku setiap kali tibanya hari Jumaat aku dan "MisLegored" akan pulang ke "Kuantan" untuk menemui "Ibunda dan Ayahanda" tercinta!! Perjalanan dari "Jengka ke Kuantan" memakan masa selama 1 jam 45 minit.. Itu pun kalau "MisLegored" lari laju.. kalau perlahan memang makan masa agak lama lah untuk sampai ke "Kuantan".. Dan sudah menjadi kebiasaannya setiap kali aku balik ke "Kuantan" aku akan menginap di rumah family "Mr F...." sebelum pulang ke rumah "Ibunda dan Ayahanda" tercinta di "Indera Mahkota"!! Sesampai nya aku di rumah family "Mr.F...." sekitar jam 6.45 petang, aku seperti kebiasaanya akan masuk ke rumah dan  meletakkan bagasi ku di dalam bilik "Mr.F....."!! Sesudah itu aku selalunya akan meminta izin dari mak untuk keluar ke "Bandar Kuantan" bagi mengambil Mr.F... yang kini tinggal menumpang di "Bilik Rakannya" yang tidak diketahui nama dan jantinanya!!


Ekoran daripada tiada "Transport" untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, Mr.F... mengambil keputusan untuk tinggal menumpang di "Bilik Rakannya" yang tidak diketahui nama dan jantinanya itu, keputusan diambil sejak dari motornya dijual akibat kemalangan yang menimpanya bulan lepas hasil dari pelanggarannya dengan seekor "babi" atau nama saintifiknya "CIKBI"!! Semenjak itu setiap kali aku pulang ke rumah family Mr.F... salah satu daripada rutin yang menjadi kebiasaan ku dan "MisLegored" ialah pergi menjemput Mr.F.. pulang ke pangkal jalan rumah "Mak dan Abah" tersayang... Sebelum pergi ke "Bandar Kuantan" untuk menjemput Mr.F... aku seperti biasa akan menelefonnya terlebih dahulu untuk bertanya di mana lokasi yang harus ku tuju bagi menjemputnya pulang ke pangkal jalan rumah "Mak dan Abah" tersayang!! 

Berikut adalah perbualan telefon dengan Mr.F yang sempat dirakamkan oleh "Memory Ingatanku" :-

Aku : Ada kat mana??
Mr.F: Kat bilik member ar!! Kat mana lagi?? (weird voice tone)
Aku: : Nak balik umah mak ke tak??
Mr.F: Baliklah nanti karang kalau aku tak balik kau kata apa pulak kat aku!!
Aku : Macam tak ikhlas je bunyi nya nak balik tu?? Kalau tak nak balik tak pe.. Orang tak paksa.. 
Mr F: Ko ni tak habis-habis nak buat aku bengang ni nape?? Kalau nak suruh aku balik ambik je lah.. Banyak cakap pulak!! Sekarang ni kau nak ambik ke tak aku??
Aku : Napa nak marah-marah orang ni?? Pak cik awak siap la..
Mr. F : Siap ape pulak ni??
Aku : Awak siap-siap la.. (tanpa sempat aku menghabiskan ayatku)
Mr.F : Woi aku tanya kat kau ni siap-siap "MENATANG" ape?? Jangan sampai aku maki kau pulak!!
Aku : Lah pak cik awak siap-siap la orang nak datang ambik kejap lagi..

Tut..Tut..Tuttttt talian telefon dimatikan oleh Mr.F....!!

P/s : Pak cik merupakan panggilan manja ku untuk Mr.F...

Sesampainya aku di tempat yang dijanjikan.. Mr.F.. seperti biasa akan mengambil alih "MisLegored" untuk ditunggang dan aku akan di arahkan untuk membonceng.. Mr.F melihatku dengan pandangan yang "Kosong" sambil berkata "Kita singgah dekat E****O****A** kejap ok, nak hantar kunci bilik jap!!" "MisLegored" pun di pecutnya ke destinasi yang ingin dituju.. Sesampainya ke destinasi yang dituju Mr.F... sekali lagi berkata, "Ko tunggu kejap kat luar ni, aku nak hantar kunci!!"... Lalu aku menjawab " Ok.. Cepat sikit ek,jangan lama-lama sangat orang lapar ni dari tadi tak makan apa..." Mr.F pun berlalu dan hilang dari pandanganku!!

Setengah jam aku menunggu di luar E****O****A** dengan perut yang mula mendengdangkan lagu keroncong.. Malangnya kelibat Mr.F.. langsung tak kelihatan!! Apa lagi aku pun mula lah naik "Hangin" satu badan, lalu tanpa berfikir panjang aku mengambil phone dan menaip sms untuk Mr.F.. 
Sms yang dihantar kepada Mr.F..:-
"Wei kata nak hantar kunci je kan?? Tak payah la lama-lama, kawan kau tu kau dah jumpe tiap-tiap hari kot tak kan tak puas-puas lagi??"... 

Beberapa saat selepas aku menghantar sms itu, Mr.F... terus menelefon dan memarahi ku gara-gara sms yang dihantar kepadanya itu dikatakan "Kurang Ajar"!! Dan selang beberapa minit selepas memarahi ku melalui phone, Mr.F... pun muncul dihadapanku dan terus memarahi ku kerana aku dikatakan sebagai seorang yang tak tahu nak bersabar!! Mr.F menghidupkan "MisLegored" dan memecut dengan penuh perasaan amarah dan benci.. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah "Mak dan Abah" tersayang Mr.F.. hanya mendiamkan diri.. Sehingga lah aku membuka mulut untuk memintanya berhenti di mana-mana restoran yang berhampiran kerana aku ingin mengisi perut ku yang terasa agak pedih dek kerana kelaparan yang melampau!! Belum pun sempat ku menyuarakan hasrat ku Mr.F.. tiba-tiba bersuara.. 

Mr.F... : Kau ni nak "MENATANG BABI" apa lagi dari aku ha??Tak puas hati apa lagi dengan aku?? Kau tau tak sebab perangai kau yang tak reti nak bersabar tu aku terpaksa tinggalkan semua dokumen-dokumen urgent yang perlu aku "Sign"!! Kalau sebab kau aku dapat surat warning dari bos aku esok siap kau!!

Aku betul-betul tekejut mendengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Mr.F!! "YA ALLAH" apa lah yang membuatkan Mr.F.. berubah perangai sebegitu rupa?? Semakin lama, semakin berubah perangai Mr.F terhadap aku!! Sejak dia mengenali dan berkawan dgn Girl tu perangai dia "TOTALLY CHANGE" langsung tak sama macam Mr.F.. yang aku kenal 4 tahun lalu....

Sesampai nya kami dirumah, Mr.F... terus meluru masuk ke dalam biliknya!! Selang beberapa minit kemudian aku menyusul masuk ke bilik Mr.F dengan tujuan mengambil perkakasan dan peralatan untuk menyegarkan diri... Mr.F.. yang sedang berbaring di atas katilnya tiba-tiba bersuara dan menyuruh aku duduk berhadapannya... Aku hanya mengendahkan permintaan dari Mr.F kerana sakit hati dan terkejut ekoran dari kes ditengking dalam perjalanan pulang ke rumah "Mak dan Abah" tersayang, sambil sibuk mencari tuala di dalam almari.. 

Tiba-tiba tangan ku di tarik dan aku di heret duduk di hadapan Mr.F.. Aku hanya menundukkan muka dan mendiamkan diri.. Perasaan ku tatkala itu hanya "ALLAH" je yang mengetahuinya!! Bermacam-macam benda jahat bermain di fikiran ku... Bimbang kalau-kalau Mr.F... akan bertindak di luar "Kewarasan"!! Setelah hampir 2 minit masing-masing mendiamkan diri akhirnya aku mengambil keputusan untuk bangun dan beredar dari situ.. Tetapi sebaik sahaja aku bangun dari birai katil, Mr.F... bingkas bangun meluru ke arah pintu bilik lalu dia dengan segera menutup dan mengunci pintu biliknya... Aku yang ketakutan segera berlari ke arah pintu dengan harapan agar aku dilepaskan keluar dari bilik... Tapi harapan aku musnah begitu sahaja kerana Mr.F bagaikan "Dirasuk Hantu" mengheretku ke katil dan menolak aku dengan sekuat hatinya!! Aku terduduk di atas katil...

Aku yang takut di apa-apakan menangis meminta belas kasihan dari Mr.F agar melepaskan aku.. Sambil berdoa dalam hati agar "ALLAH" melindungi diriku dari pada saat itu!! Mr.F duduk di hadapan ku lalu berkata...

Mr.F.. : Napa kau menangis?? Kenapa?? Kau takut aku apa-apakan kau??
Aku : Please pak cik orang mohon jangan buat something yang pelik dekat orang.. kesian la dekat orang sikit!! Orang nak keluar dari bilik ni .. Tolong izinkan orang keluar.. (Sambil menangis bagai nak gila)
Mr.F..: Aku takkan apa-apa kan kau lah!! Sekarang ni aku tak puas hati dengan kau.. Kenapa kau suka sangat nak cari pasal dengan aku?? KENAPA?? Kenapa kau tak habis-habis nak cakap pasal "OFFICE MATE" aku tu?? Kenapa kau mesti tak percayakan aku?? KENAPA?? Kau tau tak aku ni "STRESS" dengan kerja..Bos aku asyik cari salah aku jer!! Pastu kau nak buat aku jadi makin "STRESS" dengan perangai kau yang tak habis-habis nak mencari salah aku dan menyalahkan "R**" tu!!! Dia tak ada kena mengena dengan masalah kita ni kau tau tak?? Masalah kita ni semua berpunca dari perangai kau yang tak berhenti nak mencari salah aku!! Mana pergi "MAMA" yang aku kenal dulu?? Mana?? Sekarang ni kau memang dah tak percayakan aku kan??  Apa saja yang aku buat semua tak kena di mata kau and apa saja yang aku buat semua kau tuduh ada kaitan dengan "si R**" tu kan?? Kalau kau dah tak percaya and tak nak aku kau tinggal je aku ni!! Kita buat hal masing-masing.. Biar aku buat semula perangai aku yang dulu dan kau buat semula perangai lama kau tu... Kau nak macam tu ker??? 

Aku hanya mendiamkan diri sambil menangis... tak ada apa yang bermain di fikiran ku selain dari memikirkan jalan untuk keluar dari bilik Mr.F... Mr.F mendekati ku dan mengangkat muka ku sambil mencengkam pipiku sekuat hatinya!! Saat itu terasa perit pipiku di cengkam Mr.F... Aku diam tanpa kata!! Saat itu aku rasakan Mr.F bukan lagi seperti yang aku kenali, dia dah jauh berubah.. Entah kemana hilangnya perasaan simpati  dan rasa sayangnya terhadap diri ku yang satu ketika dahulu pernah menjadi "Buah Hati Pengarang Jantungnya"... Mungkin kerana terlampau geram dengan aku yang dari tadi hanya mendiamkan diri, Mr.F.. membuka pintu dan beredar meninggalkan ku yang masih dalam keadaan yang ketakutan..


Kisah pergaduhan aku dan Mr.F tergantung di situ sahaja, kerana setiap kali kami bergaduh begitulah penyudahnya!! Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan tak kan menghubungi Mr.F lagi.. Walaupun susah aku tetap harus mencuba untuk mengelakkan dari diri aku terus menjadi mangsa amukan Mr.F... Aku harus redha dengan apa yang telah terjadi dalam perhubungan kami... "Cinta tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan" dan anggaplah ini sebagai satu pengajaran buat diriku!!







No comments:

Post a Comment