Tuesday 31 May 2011

Exam Jabatan!!

ALHAMDULILLAH.. Akhirnya aku selesai menduduki "Exam Jabatan" yang diadakan pada  26-28/5/2011... Lega rasanya bila dah habis exam!! Tapi dalam hati ni berdebar-debar + takut sangat... Takut kenapa?? Takut menghitung hari menunggu result exam keluar!! Agaknya macam  mana lah result exam aku nanti ek?? "SUCCESS OR FAIL"???? Hopefully success la kan.. AMIN!!

Kalau korang nak tau, sebulan sebelum exam lagi aku dah prepare and study.. Tapi biasalah aku ni bukanlah dari golongan orang-orang yang "Genius" so susah sikit lah nak lekat dalam kepala otak ni!! Lagipun bukan main banyak lagi benda nak kena study!! Antara ialah benda-benda dalam picture kat bawah ni!!








Sampai naik juling tau mata aku study semua benda ni!! Tapi "Hampeh" satu apa pun tak nak lekat dalam kepala otak aku!! Maklumlah ayat-ayat dalam buku ni semuanya guna ayat "Mahkamah".. Macam mana lah nak faham.. Konon nya semangat sangat nak study tapi bila dah buka buku tu tau-tau jelah kan ape yang jadi!! 

Inilah yang sering terjadi bila buku dibuka...


Betul lah orang cakap "Buku Ubat Tido Yang Paling Mujarab"... Kalau tak percaya cuba korang try!! Asal buka buku je mata comform akan jadi kuyu and start bagi isyarat nak tido... Siapa yang ada penyakit susah nak tido malam tu boleh la try pakai "Teknik Membaca" ni!! Tapi kalau teknik ni tak menjadi jangan cari aku orait guys..

Well berbalik semula pada story "Exam Jabatan" tadi, bagi penjawat awam mungkin tau lah kot apa motif "Exam Jabatan" ni diadakan!! Tapi bagi yang tak tau tu biar aku yang  tak berapa nak tau ni story... Acctually tujuan "Exam Jabatan" ni diadakan adalah untuk membolehkan seseorang penjawat awam yang belum disahkan ke dalam perkhidmatan disahkan  jawatan mereka ke dalam perkhidmatan and "Exam Jabatan" ni juga bertujuan untuk kenaikan Pangkat.. Masa yang diberi untuk seseorang penjawat awam lulus dalam "Exam Jabatan" ni  ialah 3 tahun!! Dengar macam lama je kan?? Tapi sebenarnya tak lama pun sebab "Exam Jabatan" ni hanya boleh diambil sekali dalam masa setahun!! Maknanya seseorang penjawat awam tu hanya ada 3 kali je peluang untuk menduduki "Exam Jabatan" ni... 
Kalau dalam masa 3 tahun yang diberi tu penjawat awam tak lulus-lulus lagi "Exam Jabatan" macam mane pulak kan?? Boleh mintak tempoh pelanjutan tapi prosedurnya leceh la sikit... Aku pun tak tau macam mana prosedurnya, maklumlah baru je kerja 5 bulan... so banyak lagi lah benda yang nak kena belajar!! And kalau dalam tempoh pelanjutan yang diberi kan tu pun seseorang penjawat awam tak juga lulus lagi apa akan jadi?? Nak tau ker?? Gaji akan ditahan, tindakan tatatertib akan diambil dan kemungkinan akan dibuang kerja.. Takutkan??  Itu lah sedikit sebanyak yang aku tau mengenai "Exam Jabatan"...

So hopefully aku lulus lah kan "Exam Jabatan" yang dah pun aku ambil minggu lepas... Guys tolong doakan kejayaan aku k.. Thanks to all...

No comments:

Post a Comment